Petikan Siri 01 dan Siri 02
Asalamualaikum wbt
Dalam tempoh 1 bulan kebelakangan ini,rakyat Malaysia sekali lagi dihebohkan dengan isu Hukum Hudud yang dibangkitkan oleh kepimpinan PAS.
Sebelum pergi lebih jauh, ingin saya ingatkan bahwa sebelum memulakan sesuatu perkara,sebagai umat Islam,kita perlu membaca Bismillah...'Dengan nama Allah swt'.
Surah pertama, Al-Fatihah, ayat pertama;
‘Dengan nama Allah,yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani’
Kerana,Islam itu Syumul dari segala segi dan, kerana itulah dengan Islam, 'Bismillah' ini sendiri akan berakar bukan hanya dari bibir kita,tetapi dari keikhlasan hati yang dalam. Terlandas daripada pemahaman kepada keimanan serta ketakwaan yang sejati;
Surah ke 2, Al-Baqarah,ayat 3,4 dan 5 ;
‘Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan (mendirikan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka’(2:3)
‘Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab Al Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (2:4)
‘Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya’ (2:5)
Kali ini,saya sekali lagi akan menyentuh tentang perkara yang berkaitan dengan Islam.Agar mudah difahami,saya akan membahagikan artikel ini kepada beberapa bahagian;
A) Islam is the Way of Life
APA ITU ISLAM
1.Islam adalah menyerahkan diri kepada Allah swt.Islam sebenarnya bukan terbatas kepada agama tetapi sesuatu yang lebih luas tanpa batasan masa dan ruang.
‘A Divinely ordained COMPLETE way of life leading to salvation here and Hereafter. It cannot be compared with ANY man-made system. In ALL such systems mankind in still groping in the dark because guess can never replace truth. Man - the created - can never produce anything which can be compared with what THE CREATOR gave us.’
–by Muhammad Marmaduke
Surah Al Baqarah, ayat 136 hingga 139;
‘Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman) : “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada nabi-nabi oleh Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membeza-bezakannya) ; dan kami semua adalah Islam (berserah diri,tunduk taat) kepada Allah semata-mata” (2:136)
‘Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan kitab-kitab Allah dan rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu)dari kejahatan mereka ; dan Dialah jua yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (2:137)
‘(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah : celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?(Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”(2:138)
‘Katakanlah (wahai Muhammad): “Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya’ (2:139)
Siri 02
Muka 02
Islam diperinci,diterjemah dan disampaikan oleh utusan kesayangan Allah swt,iaitu Nabi Muhammad SAW.
Surah ke-4 , An Nisa’, ayat 170 menegaskan ;
‘Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad SAW) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan dibumi; dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana’ (4:170)
Hasilnya,baginda Rasulullah saw dibekali dengan Alquran dan
Sunnah.
Surah ke- 2, Al-Baqarah, ayat 2, dan 151 menerangkan;
‘Kitab Al Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa’ (2:2)
‘(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti nikmat Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad),yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al Quran) serta Hikmat kebijaksanaan (Sunnah), dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui’ (2:151)
2. Alquran dan sunnah berlaku dari 'sebelum,semasa dan selepas kehidupan Rasulllah saw'...kerana kedua ini adalah guide serta petunjuk sepanjang zaman.Membuktikan bahwa Islam wujud dan akan terus wujud sepanjang masa.
Surah ke 2, Al-Baqarah,ayat 3,4 ,5dan 151 ; (seperti yang disediakan tadi)
Surah ke-4 , An Nisa’, ayat 162 ada menyebutkan ;
Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Alquran), dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu,- khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang akan Kami berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar’ (4:162)
3.Keindahan Islam terbukti pada setiap inci perjalanan hidup Rasulullah saw (Sunnah) sehingga kewafatan baginda.Baginda Rasulullah saw itu sendiri,perkataannya,bermula dari fizikal,mental,rohani dan segala sifat baginda hinggalah kepada setiap peristiwa yang dialami oleh baginda merupakan Sunnah yang mesti kita turuti dan teladani sepanjang perjalanan hidup kita.
Amma ba’du (sebagai pendahuluan), maka sesungguhnya sebaik-baik perkataan (ucapan) adalah Kitab Allah (Al Quran) dan sebaik-baik petunjuk iaitu petunjuk (Hadis dan Sunnah) Nabi Muhammad saw. Dan seburuk-buruk perkara iaitu perkara yang diada-adakan(dalam masalah ibadat) dan tiap-tiap bida’ah(perkara baru yang menyalahi hukum Islam) itu adalah sesat - (H.R.Muslim)
4.Kerana semua ini adalah PROSES yang Maha SISTEMATIK aturan Allah swt. Suatu proses yang sistematik ini, jika terganggu atau sengaja diganggu perjalanannya, akan mengarah kepada kegagalan,dan kesesatan iman. Kita perlu sentiasa bermuhasabah diri serta bertaubat setiap masa kerana pada bila-bila masa kita mungkin akan terjerumus dikalangan mereka yang sesat imannya.
Kekhuatiran dalam memahami Islam yang sebenar telah ditegaskan oleh Allah swt dalam ayat-ayat terawal Surah Al Baqarah;
Surah Al Baqarah ayat 8 hingga ayat ke-19;
’Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman (2:8)
’Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman,padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri,sedang mereka tidak menyedarinya’ (2:9)
