Cari Blog Ini

Kamis, 19 Maret 2009

Correcting The World's Perception on Muslims Through Media

Asalamualaikum,

1. There is always a way to express our ideas and thinkings effectively.Muslims world actually should try to dominate the entertainment network.

2.This is important because the 'west' have already used the entertainment stream to spread negative rumors on the Muslims world.

3. The Hollywood have been an effective media of the western to poisoned their people on labellings Muslims as terrorist

4.One of the most suitable media for the Muslims is 'animation'. Cartoons,comics and animation are likely to be the closest entertainment to the community, especially the young generations.

5.The muslims who have the 'artistic' ability and specialty should submit to these so called 'muslims media'. It has been part of our responsibility to correct negative accusation spread by the west so that people could understand the truth about Islam and the muslims.

6. Here,I would like to invite my muslims brothers to join me through this blog on 'Animation segment, every months' to support my efforts through animation in 'correcting the worlds perception on Islam'

7.May Allah swt bless all of us.Wallahualam

Rabu, 11 Maret 2009

Keunikan Formula Melayu-Islam

Salam,

1.Bangsa Melayu merupakah sebuah bangsa yang telah lama wujud dan telah banyak merasai pahit manis sejarah.

2.Untuk bangsa Melayu menjadi sebuah bangsa yang hebat dan dihormati merupakan tugas yang tidak mudah. Kerana bangsa Melayumempunyai dilema mereka.

3.Hakikatnya,dilema yang dihadapi oleh setiap bangsa di dunia adalah bervariasi, namun mempunyai matlamat serta asas yang sama.Sebagai contoh,bangsa Jepun pernah bercita-cita untuk menjadi sebuah bangsa yang menerajui bangsa-bangsa timur yang lain, tetapi mereka menyedari bahwanilai-nilai budaya tertentu yang mereka pegang ketika itu tidak membolehkan mereka untuk pergi lebih jauh.Amalan seperti takut kepada 'dewa bukit' dan 'dewa air' suatuketika dahulu dianggap menyekat kebebasan bangsa mereka untuk menjelajah dunia yang lebih luas. Bangsa Jepun mulai menghakis fenomena serta dilema tersebut agarbangsa mereka dapat maju ke hadapan setidaknya menjelajah sesuatu yang baru pada ketika itu.

4.Disini, apabila sesuatu bangsa melakukan perubahan daripada beberapa nilai yang tidak menguntungkan, maka mereka akan mencapai sesuatu yang lebih baik. Seperti bangsa Melayu,kita selalu mengatakan bahwa ekonomi dan perniagaan bukanlah bidang kepakaran kita dan kita tidak akan berjaya di dalamnya. Ini adalah pegangan kepada suatu nilai yang salah, apatahlagi ada pula yang berkata, 'aah,nak berniaga mestilah kena tipu-tipu sikit...aku tak mau tipu-tipu ni,berdosa'. Ini merupakan corak dilema Melayu. Apakah semestinya untuk berjaya dalamperniagaan perlu menipu?? Apakah benar perniagaan dan ekonomi merupakan suatu dunia yang tidak boleh diadaptasi oleh Melayu?? Bukankah Rasulullah saw juga seorang peniaga. Bagaimana baginda boleh berjayadengan cemerlang?Apa strategi baginda agaknya,sudah tentulah baginda menggunakan cara yang diajar oleh Allah swt dan cara ini tentunya dapat diteladani oleh umat Islam seluruhnya (sunnah).

5. Inilah yang kita maksudkan dengan pegangan kepada 'nilai' oleh sesuatu bangsa.Nilai yang baik jika dipegang akan membawa kejayaan kepada bangsa Melayu tidak kira dalam apa jua bidangsekali pun. Islam membekali umatnya dengan Alquran dan Sunnah Rasulullah saw. Nilai yang baik semuanya termuat dalam Islam. Maka jika umat Melayu ingin maju dengan sepenuhnya, maka unsurserta nilai ajaran Islam perlulah diasimilasi ke dalam bangsa kita sepenuhnya. Mengadunkan nilai baik bangsa Melayu dengan nilai kesempurnaan Islam bukanlah mencipta 'agama' baru. Sudah dinamakan'nilai baik bangsa Melayu', maka sudah tentulah yang baik akan terdapat dalam Islam sendiri.

6. Tentu ada yang berkata,'jika begitu,apa susah dan berbelit sangat...kalau begitu,ambil sajalah Islam,buat apa Melayu lagi?bukankah dalam Islam nilai kebangsaan itu membawa kepada fanatik dan Allah swt tidak memuliakan mana-mana..semua kan sama!!!'

7. Nah, inilah 'dilema' kita dalam hidup berbangsa. Kita perlu memahami Islam sedalamnya. Ia merupakan Pedoman Kehidupan yang lengkap. Islam tidak pernah memaksa sesuatu kaum melupakan identiti mereka apabila memeluk Islam.Buktinya,apabila sesorang memeluk Islam sedang seluruh ahli keluarganya yang lain tetap sebagai kafir, dia tidak pernah disuruh untuk menderhaka kepadaibu bapa serta keluarganya.'untuk kamu agama (amalan) kamu, dan untuk aku agama (amalan) ku'. Kerana apa??Mengapa perlunya dia lahir dalam keluarga yang bukan Islam dan kemudiannya bertemudengan agama Allah swt??Mengapa perlunya kita lahir dalam keluarga Islam??Ini merupakan contoh kebijaksanaan Allah swt.

8. Dakwah yang terbaik adalah dengan penuh hikmah. Mencari 'persamaan' dan keserasian hingga dengan itu semua,Islam akan terus tertanam dalam sanubari umat Islam, tidak kira apa bangsa danagama asalnya sekalipun.Pernahkah kita bertanya, mengapa kedatangan Islam di eropah suatu ketika dahulu boleh diterima oleh mereka??Sedangkan bangsa-bangsa eropah terkenal dengan 'kekasaran, keangkuhanserta nilai yang dapat menjadi lawan kepada Islam?? Begitu juga dengan bangsa Arab asalnya.Mengapa Islam tetap berjaya disebarkan??

9. Fitnah barat kepada Islam adalah mengatakan 'Islam disebar oleh Muhammad melalui mata pedang'. Ini adalah fitnah yang berat dan hingga hari ini ada sesetengah bangsa Melayu serta umat Islam sendiri yang mempercayainya. Kedatangan Islamuntuk diterima dunia tidak pernah melalui mata pedang. Kita mengangkat senjata semata-mata untuk pertahanan diri. Di eropah,kita menjadi penyelamat kepada bangsa mereka daripada keganasan dan kekejamanempayar Romawi serta ortodoks lain di eropah yang menindas serta menzalimi rakyatnya. Kerana itulah,peperangan berlaku apabila mereka (pemerintah eropah yang zalim) ini enggan menerima baikkedatangan Islam, malah menganggap Islam sebagai ancaman yang harus dihapuskan kerana khuatir nilai kebenaran Islam yang menyebar akan menggugat kedudukan mereka.

10. Buktinya,Islam tidak pernah memaksa rakyat Sepanyol,Poland,Serbia serta beberapa negara eropah yang dikatakan bekas jajahan empayar Islam untuk memeluk Islam sebaik mereka dibebaskandaripada pemerintah mereka (kebanyakannya empayar kristian) yang zalim. Seperti pula kisah di Sepnyol sebaik ditawan oleh Tariq bin Ziyad, rakyatnya menyambut mesra kedatangan Islam dan mengalu-alukantentera Islam.Ada pula yang memberi maklumat tentang tempat persembunyian tentera Sepnyol yang diburu oleh tentera Islam.

11. Satu lagi bukti yang nyata akan betapa palsunya tuduhan musuh Islam adalah 'dunia timur'. Hampir seluruhnya menerima Islam dengan baik tanpa paksaan atau adanya peperangan. Apabila menyebuttentang bangsa timur,ini termasuklah bangsa kita, iaitu bangsa Melayu. Tidak dinafikan,ada nilai-nilai yang dipegang oleh Melayu sebelum kedatangan Islam bersangkutan dengan mistik dan tidakbaik. Ini dipengaruhi oleh agama budaya yang dianuti oleh Melayu sebelum Islam iaitu agama Hindu. Namun, apakah bangsa Melayu merupakan bangsa yang selamanya mahu terikat dengan nilai-nilaiyang menyekat kemajuan mereka pada ketika itu??Jika ya,kenapa bangsa Melayu memeluk Islam hingga ke peringkat pemerintahnya?? Kenapa tidak ada peperangan di bumi timur secara besar-besaranuntuk menafikan kedatangan Islam serta nilainya??

12. Ini Kerana bangsa Melayu ketika itu memandang nilai yang ada pada Islam merupakan nilai yang lebih baik sedang nilai-nilai Islam ini banyak yang memenuhi kehendak bangsa Melayu itu sendiri. Bangsa Melayuketika itu bukan saja memandang tinggi nilai Islam, malah mereka merasakan wujudnya 'persamaan' dari segi nilai kehidupan serta toleransi yang terdapat pada ajaran Islam. Pemerintah Melayu serta rakyatnyamerasakan Islam bukanlah datang sebagai agama baru untuk menggantikan agama Hindu mereka, tetapi Islam adalah agama yang sebenar atau kebenaran yang nyata daripada pencipta yang Maha Agung serta Maha Benar. Tidak ada keraguan pada nenek moyang Melayu kita terhadap agama Allah swt ini.Tentunya ini akan sukar terjadi jika agama Islam itu datang dengan senjata, bom mahupun armada perang yang bersifat 'memaksa'.

13. Inilah sebenarnya formula kekuatan serta perkaitan rapat antara Islam dan Melayu di bumi timur ini. Selain menjadi bukti bahwa fitnah barat terhadap Islam adalah salah, perikatan Islam dan Melayu yang sangatunik dari segi sejarah dakwah ini telah menyebabkan bangsa di eropah melihat dunia di timur sebagai ancaman kepada kepercayaan dunia kepada mereka. Ini akan membongkar kejahatan serta pengkhianatan mereka.

14. Justeru bangsa Melayu perlu mendalami sejarah Melayu serta betapa rapatnya bangsa kita dengan nilai Islam.Islam tidak asing kepada bangsa Melayu dan begitu juga sebaliknya. Untuk bangsa lain,ini juga pastimenjadi kefahaman mereka apabila mengenali Islam dan masing-masing akan mencari persamaan nilai bangsa dengan Islam, mengadunkannya dengan strategi Islam hingga mereka menjadi bangsayang disegani dan dihormati.

15. Kepada suara sumbang yang mengatakan 'apabila menerima Islam maka kita harus mengenepikan sifat kebangsaan kepada Melayu' maka fikir-fikirkanlah semula. Menghargai nilai baik bangsa bukan bererti fanatik kepadanya dan menolak Islam, kerana nilai baik yang dihargai itu terdapat dalam Islam...namanya berbeza,tetapi manfaatnya sama...Islam as a whole truth,while us (life and living elements) live inside it.Melayu juga telah lama faham akan 'buang yang keruh,ambil yang jernih'....buang yang keruh pada Melayu (bukan buang Melayu) dan ambil yang jernih pada Melayu..kerana yang jernih inlah akanberasimilasi dengan kesempurnaan Islam. Yang jernih inilah 'persamaan' yang membawa bangsa Melayu hingga kini sinonim dengan Islam.

16. Fahami Islam dengan baik dan fahami bangsa Melayu dengan baik.Islam itu sempurna,janganlah kerana kepentingan tertentu sehingga kita menolak fitrah kejadian serta keunikan kaum. Percayalah,hari ini,kerana kepentingan tertentu kita menolak unsur bangsa serta menafikan kebenaran, mungkin esok kita menolak pula unsur-unsur tertentu dalam agama serta menafikan kebenaran atas kepentingan 'tertentu' itu. Maka, kita akan tergolong dalam golongan munafik.

Wallahualam.