Cari Blog Ini

Selasa, 21 April 2009

Menghargai,Menghormati dan Mematuhi Pihak Berkuasa ; Contoh Umat Yang Ada Pegangan

Asalamualaikum

1. Untuk menjadi sebuah individu,umat dan bangsa yang cemerlang memerlukan kita untuk sentiasa berpegang kepada nilai-nilai yang baik serta disipilin diri yang tinggi.


Merusuh dan menjadikan pihak berkuasa sebagai sasaran, sikap tidak berakal dan tidak ada pegangan

2. Salah satu perkara yang amat penting adalah mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka yang tidak mematuhi peraturan serta undang-undang adalah manusia yang tidak ada pegangan kepada jati diri serta moral yang baik.

3. ‘Law is made to be broken’ adalah kata-kata manusia yang kecewa dan tidak beramal dengan ilmunya. Walaupun undang-undang dan peraturan yang ada itu dibuat oleh manusia atau sekelompok organisasi pemerintah, tetapi kebanyakan asas kepada peraturan-peraturan itu adalah bertujuan untuk memelihara kelancaran system masyarakat serta bertujuan menjaga keamanan bersama.

4. Menghormati serta mematuhi arahan penguatkuasa undang-undang adalah contoh sebuah masyarakat yang matang dan berilmu. Dalam hal ini, sebagai umat Islam yang berdisiplin, kita harus menghormati pihak berkuasa seperti Polis dan badan keselamtan yang lain.



Tugas sebagai anggota Polis dan Keselamatan perlu dihormati dan dihargai oleh rakyat dengan seadilnya


5. Kita bukan duduk dibawah pemerintahan ‘penjajah’ atau dalam keadaan seperti ‘masyarakat tahanan perang’. Tidak ada kezaliman yang tak ber
pedoman atau penganiayaan tanpa sebab dilakukan ke atas masyarkat kita hari ini.

6. Cuba kita keluar rumah dan berjalan di sekitar sambil melakukan kegiatan harian, adakah siapa-siapa yang kita lihat dibunuh atau dibelasah oleh pihak polis?? Atau diri kita sendiri, apakah polis akan menembak atau memukul kita jika kita hanya berborak dengan teman-teman, bermain futsal atau membeli barangan??

Mereka berjaga setiap malam dan setiap masa demi bangsa dan negara


7. Tentu ada yang berkata ‘aah, memang tak nampak, diorang buat cover2…tu, skit2 kena ISA tu ape dia??’

8. Sebagai orang Islam, manusia berkata-kata atau berhujah atas dasar ilmu, bukti dan kebenaran.

9. ‘Nak bukti, bacalah sumber-sumber banyak sikit,janganlah daripada kerajaan saja, pasti yang baik-baik je’

10. ‘sahih dan benarkah sumber kita itu?? Siapa yang berkata-kata dan menulisnya??Kenalkah kita??Jika individu itu benar-benar mempunyai rasa permusuhan dan kebencian terhadap pihak yang dituduh, apakah sumber kata-kata serta penulisannya boleh kita percayai?? Islam membenarkankah kita mengangkat perkara seperti ini sebagai kebenaran??

11. ‘Di dalam Islam, jika kita tidak mengetahui dan tidak pasti sahih atau tidaknya sesuatu cerita itu, mana yang lebih diutamakan, bersangka baik atau bersangka buruk?? Menyampaikan yang baik atau yang buruk??

12. Ilmu datang daripada dasar dirinya (akal dan sesuatu yang dipelajari dengan baik), bukti melalui pencarian serta SUMBER YANG SAHIH dan kebenaran atas lunas-lunas kedua itu (ilmu dan bukti) menepati konsep keadilan yang terdapat dalam Islam.

.


Adakah manusia ini dapat menjanjikan keamanan, keselamatan dan ketenteraman apabila sering memburukkan pihak keselamatan dan menabur kebencian?? Lebam matanya...mungkin satu 'hadiah' kepada si 'batu api'.


13. Tanpa ini semua, kita sekadar boleh mendengar dan tidak boleh menyampaikan kepada siapa-siapa. Malah, di dalam Islam, kita diseru supaya mencegah orang yang menyampaikan berita serta adu domba tanpa bukti dengan sekras-kerasnya. Kerana perbuatan tersebut ibarat suatu fitnah dan kemungkaran yang banyak mudaratnya.

14. Hari ini, banyak dikalangan orang Melayu kita yang mengakui dirinya Islam lupa akan ajaran AlQuran dan Sunnah ini. Mereka terlalu ghairah dan fanatic mempercayai adu domba, berita-berita tidak bersumber kebenaran,hasutan dan fitnah yang dating daripada ‘mereka-mereka yang membeli kesesatan’ untuk kedudukan duniawi mereka.


Lupakah kita akan siapakah yang berjuang bermati-mati mempertahan dan melindungi kita daripada ancaman pengganas Komunis di waktu sukar dahulu??

15. Hasilnya, kita memusuhi pihak yang selama ini melin
dungi kita dan menjaga keselamatan kita. Adilkah kita dalam menilai pihak keselamatan seperti PDRM dan yang lain-lain?? Tanpa mereka, siapakah yang akan menjaga keamanan Negara?? Anwar Ibrahimkah?? Karpal Singh?? Nik Aziz?? Sedang mereka-mereka itu juga memerlukan perlindungan daripada pihak berkuasa dan keamanan.


16. Pihak Polis dan keselamatan berkhidmat tanpa mengenal erti lelah. Ada yang bekerja sehingga lewat malam dikala kita enak dibuai mimpi dan bersenang-senang bersama keluarga di rumah. Ada yang ketika tidur kita, mereka bergelut dengan maut dalam usaha menangkap serta membanteras ‘penjahat’ yang kita sendiri tidak s
edar berada di sekeliling kita. Pernahkah kita terfikir akan pengorbanan mereka??



Dikala kita dan anak ini tidur lena, saudara-saudara kita di dalam pihak keselamatan tidak mengenal erti lelah dalam menjaga keamanan negara.


17. Siapakah yang zalim dan tidak bersyukur??Kit
a atau pihak berkuasa??


18. Benar, ada dikalangan anggota polis yang tidak jujur,mengambil rasuah dan melaksanakan tugas-tugas yang salah. Tetapi adilkah kita ‘melabel’ mereka semua seperti itu.


19. Seperti juga kita, apakah perasaan kita jika ada dikalangan saudara kita yang mencuri atau berbuat khianat, seluruh masyarakat menggelar kel
uarga kita ‘pencuri’ atau ‘penjahat’??

20. Tidak ada manusia yang sempurna dan apatah lagi, tiada kelompok manusia yang sempurna….ada sesetengah orang Melayu melakukan ‘rogol’….apakah menggelar orang Melayu semuanya begitu suatu yang adil??
Rakyat yang sanggup melabel pihak keselamatan seperti ini adalah mereka yang tidak tahu bersyukur dan disesatkan oleh fitnah kebencian


21. Orang PAS juga ada yang baik dan ada yang tidak, begitu juga UMNO,PKR siapa-siapa saja…Sebagai umat Islam, kita perlu adil dalam menilai dan menghukum, jika tidak, siapa yang akan percaya kita untuk jadi ‘pemerintah’ negara jika itu yang kita ‘kejar’

22. Pihak Keselamatan telah banyak berjasa dan melindungi keamanan Negara kita. Tanpa mereka, kita tidak akan dapat menikmati walau sesuap nasi kita dengan rasa selesa walaupun kita mempunyai harta yang menggunung, penyokong yang ramai atau kedudukan yang ‘besar’.

Tan Sri Rahim Noor, banyak orang melupakan sumbangan besar beliau dalam menamatkan konflik Parti Komunis Malaya di Malaysia sekitar tahun 1986 - 1989. Semuanya hanya kerana beliau menjalankan tugas menghapus dan menyingkirkan pengkhianat bangsa. Hari ini, ada pengkhianat bangsa yang diangkat tinggi menjadi pemimpin oleh Melayu yang mudah lupa

23. Hiduplah dengan amalan serta cara yang lebih adil sesuai dengan lunas agama Islam yang sebenar.Jangan hanya mengaku kita menegakka
n Islam tetapi ajaran Alquran dan sunnah kita pinggirkan. Teladani keperibadian Rasulullah saw dengan sepenuh hati, bukan setakat di bibir saja.

24. Jadilah umat cemerlang yang berakal da
n sentiasa berterima kasih serta bersyukur kepada Allah swt.

25. Disini, saya ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Polis, tentera dan pasukan keselamatan lain kerana melindungi serta memelihara keamanan negara.


Marilah kita membacakan alfatihah dan mendoakan para anggota keselamatan serta pejuang bangsa yang gugur dalam menjalankan tugas mereka.Moga mereka ditempatkan disisi Allah sebagai hamba yang beriman.


26. Sesungguhnya pengorbanan anda semua sangat besar kepada Negara. Bagi mereka yang gugur dalam perjuangan mereka ini, saya sedekahkah al-fatihah dan berdoa agar mereka ditempatkan dikalangan hamba Allah swt yang beriman.



Wallahualam