Cari Blog Ini

Selasa, 21 April 2009

Menghargai,Menghormati dan Mematuhi Pihak Berkuasa ; Contoh Umat Yang Ada Pegangan

Asalamualaikum

1. Untuk menjadi sebuah individu,umat dan bangsa yang cemerlang memerlukan kita untuk sentiasa berpegang kepada nilai-nilai yang baik serta disipilin diri yang tinggi.


Merusuh dan menjadikan pihak berkuasa sebagai sasaran, sikap tidak berakal dan tidak ada pegangan

2. Salah satu perkara yang amat penting adalah mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka yang tidak mematuhi peraturan serta undang-undang adalah manusia yang tidak ada pegangan kepada jati diri serta moral yang baik.

3. ‘Law is made to be broken’ adalah kata-kata manusia yang kecewa dan tidak beramal dengan ilmunya. Walaupun undang-undang dan peraturan yang ada itu dibuat oleh manusia atau sekelompok organisasi pemerintah, tetapi kebanyakan asas kepada peraturan-peraturan itu adalah bertujuan untuk memelihara kelancaran system masyarakat serta bertujuan menjaga keamanan bersama.

4. Menghormati serta mematuhi arahan penguatkuasa undang-undang adalah contoh sebuah masyarakat yang matang dan berilmu. Dalam hal ini, sebagai umat Islam yang berdisiplin, kita harus menghormati pihak berkuasa seperti Polis dan badan keselamtan yang lain.



Tugas sebagai anggota Polis dan Keselamatan perlu dihormati dan dihargai oleh rakyat dengan seadilnya


5. Kita bukan duduk dibawah pemerintahan ‘penjajah’ atau dalam keadaan seperti ‘masyarakat tahanan perang’. Tidak ada kezaliman yang tak ber
pedoman atau penganiayaan tanpa sebab dilakukan ke atas masyarkat kita hari ini.

6. Cuba kita keluar rumah dan berjalan di sekitar sambil melakukan kegiatan harian, adakah siapa-siapa yang kita lihat dibunuh atau dibelasah oleh pihak polis?? Atau diri kita sendiri, apakah polis akan menembak atau memukul kita jika kita hanya berborak dengan teman-teman, bermain futsal atau membeli barangan??

Mereka berjaga setiap malam dan setiap masa demi bangsa dan negara


7. Tentu ada yang berkata ‘aah, memang tak nampak, diorang buat cover2…tu, skit2 kena ISA tu ape dia??’

8. Sebagai orang Islam, manusia berkata-kata atau berhujah atas dasar ilmu, bukti dan kebenaran.

9. ‘Nak bukti, bacalah sumber-sumber banyak sikit,janganlah daripada kerajaan saja, pasti yang baik-baik je’

10. ‘sahih dan benarkah sumber kita itu?? Siapa yang berkata-kata dan menulisnya??Kenalkah kita??Jika individu itu benar-benar mempunyai rasa permusuhan dan kebencian terhadap pihak yang dituduh, apakah sumber kata-kata serta penulisannya boleh kita percayai?? Islam membenarkankah kita mengangkat perkara seperti ini sebagai kebenaran??

11. ‘Di dalam Islam, jika kita tidak mengetahui dan tidak pasti sahih atau tidaknya sesuatu cerita itu, mana yang lebih diutamakan, bersangka baik atau bersangka buruk?? Menyampaikan yang baik atau yang buruk??

12. Ilmu datang daripada dasar dirinya (akal dan sesuatu yang dipelajari dengan baik), bukti melalui pencarian serta SUMBER YANG SAHIH dan kebenaran atas lunas-lunas kedua itu (ilmu dan bukti) menepati konsep keadilan yang terdapat dalam Islam.

.


Adakah manusia ini dapat menjanjikan keamanan, keselamatan dan ketenteraman apabila sering memburukkan pihak keselamatan dan menabur kebencian?? Lebam matanya...mungkin satu 'hadiah' kepada si 'batu api'.


13. Tanpa ini semua, kita sekadar boleh mendengar dan tidak boleh menyampaikan kepada siapa-siapa. Malah, di dalam Islam, kita diseru supaya mencegah orang yang menyampaikan berita serta adu domba tanpa bukti dengan sekras-kerasnya. Kerana perbuatan tersebut ibarat suatu fitnah dan kemungkaran yang banyak mudaratnya.

14. Hari ini, banyak dikalangan orang Melayu kita yang mengakui dirinya Islam lupa akan ajaran AlQuran dan Sunnah ini. Mereka terlalu ghairah dan fanatic mempercayai adu domba, berita-berita tidak bersumber kebenaran,hasutan dan fitnah yang dating daripada ‘mereka-mereka yang membeli kesesatan’ untuk kedudukan duniawi mereka.


Lupakah kita akan siapakah yang berjuang bermati-mati mempertahan dan melindungi kita daripada ancaman pengganas Komunis di waktu sukar dahulu??

15. Hasilnya, kita memusuhi pihak yang selama ini melin
dungi kita dan menjaga keselamatan kita. Adilkah kita dalam menilai pihak keselamatan seperti PDRM dan yang lain-lain?? Tanpa mereka, siapakah yang akan menjaga keamanan Negara?? Anwar Ibrahimkah?? Karpal Singh?? Nik Aziz?? Sedang mereka-mereka itu juga memerlukan perlindungan daripada pihak berkuasa dan keamanan.


16. Pihak Polis dan keselamatan berkhidmat tanpa mengenal erti lelah. Ada yang bekerja sehingga lewat malam dikala kita enak dibuai mimpi dan bersenang-senang bersama keluarga di rumah. Ada yang ketika tidur kita, mereka bergelut dengan maut dalam usaha menangkap serta membanteras ‘penjahat’ yang kita sendiri tidak s
edar berada di sekeliling kita. Pernahkah kita terfikir akan pengorbanan mereka??



Dikala kita dan anak ini tidur lena, saudara-saudara kita di dalam pihak keselamatan tidak mengenal erti lelah dalam menjaga keamanan negara.


17. Siapakah yang zalim dan tidak bersyukur??Kit
a atau pihak berkuasa??


18. Benar, ada dikalangan anggota polis yang tidak jujur,mengambil rasuah dan melaksanakan tugas-tugas yang salah. Tetapi adilkah kita ‘melabel’ mereka semua seperti itu.


19. Seperti juga kita, apakah perasaan kita jika ada dikalangan saudara kita yang mencuri atau berbuat khianat, seluruh masyarakat menggelar kel
uarga kita ‘pencuri’ atau ‘penjahat’??

20. Tidak ada manusia yang sempurna dan apatah lagi, tiada kelompok manusia yang sempurna….ada sesetengah orang Melayu melakukan ‘rogol’….apakah menggelar orang Melayu semuanya begitu suatu yang adil??
Rakyat yang sanggup melabel pihak keselamatan seperti ini adalah mereka yang tidak tahu bersyukur dan disesatkan oleh fitnah kebencian


21. Orang PAS juga ada yang baik dan ada yang tidak, begitu juga UMNO,PKR siapa-siapa saja…Sebagai umat Islam, kita perlu adil dalam menilai dan menghukum, jika tidak, siapa yang akan percaya kita untuk jadi ‘pemerintah’ negara jika itu yang kita ‘kejar’

22. Pihak Keselamatan telah banyak berjasa dan melindungi keamanan Negara kita. Tanpa mereka, kita tidak akan dapat menikmati walau sesuap nasi kita dengan rasa selesa walaupun kita mempunyai harta yang menggunung, penyokong yang ramai atau kedudukan yang ‘besar’.

Tan Sri Rahim Noor, banyak orang melupakan sumbangan besar beliau dalam menamatkan konflik Parti Komunis Malaya di Malaysia sekitar tahun 1986 - 1989. Semuanya hanya kerana beliau menjalankan tugas menghapus dan menyingkirkan pengkhianat bangsa. Hari ini, ada pengkhianat bangsa yang diangkat tinggi menjadi pemimpin oleh Melayu yang mudah lupa

23. Hiduplah dengan amalan serta cara yang lebih adil sesuai dengan lunas agama Islam yang sebenar.Jangan hanya mengaku kita menegakka
n Islam tetapi ajaran Alquran dan sunnah kita pinggirkan. Teladani keperibadian Rasulullah saw dengan sepenuh hati, bukan setakat di bibir saja.

24. Jadilah umat cemerlang yang berakal da
n sentiasa berterima kasih serta bersyukur kepada Allah swt.

25. Disini, saya ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Polis, tentera dan pasukan keselamatan lain kerana melindungi serta memelihara keamanan negara.


Marilah kita membacakan alfatihah dan mendoakan para anggota keselamatan serta pejuang bangsa yang gugur dalam menjalankan tugas mereka.Moga mereka ditempatkan disisi Allah sebagai hamba yang beriman.


26. Sesungguhnya pengorbanan anda semua sangat besar kepada Negara. Bagi mereka yang gugur dalam perjuangan mereka ini, saya sedekahkah al-fatihah dan berdoa agar mereka ditempatkan dikalangan hamba Allah swt yang beriman.



Wallahualam


Kamis, 19 Maret 2009

Correcting The World's Perception on Muslims Through Media

Asalamualaikum,

1. There is always a way to express our ideas and thinkings effectively.Muslims world actually should try to dominate the entertainment network.

2.This is important because the 'west' have already used the entertainment stream to spread negative rumors on the Muslims world.

3. The Hollywood have been an effective media of the western to poisoned their people on labellings Muslims as terrorist

4.One of the most suitable media for the Muslims is 'animation'. Cartoons,comics and animation are likely to be the closest entertainment to the community, especially the young generations.

5.The muslims who have the 'artistic' ability and specialty should submit to these so called 'muslims media'. It has been part of our responsibility to correct negative accusation spread by the west so that people could understand the truth about Islam and the muslims.

6. Here,I would like to invite my muslims brothers to join me through this blog on 'Animation segment, every months' to support my efforts through animation in 'correcting the worlds perception on Islam'

7.May Allah swt bless all of us.Wallahualam

Rabu, 11 Maret 2009

Keunikan Formula Melayu-Islam

Salam,

1.Bangsa Melayu merupakah sebuah bangsa yang telah lama wujud dan telah banyak merasai pahit manis sejarah.

2.Untuk bangsa Melayu menjadi sebuah bangsa yang hebat dan dihormati merupakan tugas yang tidak mudah. Kerana bangsa Melayumempunyai dilema mereka.

3.Hakikatnya,dilema yang dihadapi oleh setiap bangsa di dunia adalah bervariasi, namun mempunyai matlamat serta asas yang sama.Sebagai contoh,bangsa Jepun pernah bercita-cita untuk menjadi sebuah bangsa yang menerajui bangsa-bangsa timur yang lain, tetapi mereka menyedari bahwanilai-nilai budaya tertentu yang mereka pegang ketika itu tidak membolehkan mereka untuk pergi lebih jauh.Amalan seperti takut kepada 'dewa bukit' dan 'dewa air' suatuketika dahulu dianggap menyekat kebebasan bangsa mereka untuk menjelajah dunia yang lebih luas. Bangsa Jepun mulai menghakis fenomena serta dilema tersebut agarbangsa mereka dapat maju ke hadapan setidaknya menjelajah sesuatu yang baru pada ketika itu.

4.Disini, apabila sesuatu bangsa melakukan perubahan daripada beberapa nilai yang tidak menguntungkan, maka mereka akan mencapai sesuatu yang lebih baik. Seperti bangsa Melayu,kita selalu mengatakan bahwa ekonomi dan perniagaan bukanlah bidang kepakaran kita dan kita tidak akan berjaya di dalamnya. Ini adalah pegangan kepada suatu nilai yang salah, apatahlagi ada pula yang berkata, 'aah,nak berniaga mestilah kena tipu-tipu sikit...aku tak mau tipu-tipu ni,berdosa'. Ini merupakan corak dilema Melayu. Apakah semestinya untuk berjaya dalamperniagaan perlu menipu?? Apakah benar perniagaan dan ekonomi merupakan suatu dunia yang tidak boleh diadaptasi oleh Melayu?? Bukankah Rasulullah saw juga seorang peniaga. Bagaimana baginda boleh berjayadengan cemerlang?Apa strategi baginda agaknya,sudah tentulah baginda menggunakan cara yang diajar oleh Allah swt dan cara ini tentunya dapat diteladani oleh umat Islam seluruhnya (sunnah).

5. Inilah yang kita maksudkan dengan pegangan kepada 'nilai' oleh sesuatu bangsa.Nilai yang baik jika dipegang akan membawa kejayaan kepada bangsa Melayu tidak kira dalam apa jua bidangsekali pun. Islam membekali umatnya dengan Alquran dan Sunnah Rasulullah saw. Nilai yang baik semuanya termuat dalam Islam. Maka jika umat Melayu ingin maju dengan sepenuhnya, maka unsurserta nilai ajaran Islam perlulah diasimilasi ke dalam bangsa kita sepenuhnya. Mengadunkan nilai baik bangsa Melayu dengan nilai kesempurnaan Islam bukanlah mencipta 'agama' baru. Sudah dinamakan'nilai baik bangsa Melayu', maka sudah tentulah yang baik akan terdapat dalam Islam sendiri.

6. Tentu ada yang berkata,'jika begitu,apa susah dan berbelit sangat...kalau begitu,ambil sajalah Islam,buat apa Melayu lagi?bukankah dalam Islam nilai kebangsaan itu membawa kepada fanatik dan Allah swt tidak memuliakan mana-mana..semua kan sama!!!'

7. Nah, inilah 'dilema' kita dalam hidup berbangsa. Kita perlu memahami Islam sedalamnya. Ia merupakan Pedoman Kehidupan yang lengkap. Islam tidak pernah memaksa sesuatu kaum melupakan identiti mereka apabila memeluk Islam.Buktinya,apabila sesorang memeluk Islam sedang seluruh ahli keluarganya yang lain tetap sebagai kafir, dia tidak pernah disuruh untuk menderhaka kepadaibu bapa serta keluarganya.'untuk kamu agama (amalan) kamu, dan untuk aku agama (amalan) ku'. Kerana apa??Mengapa perlunya dia lahir dalam keluarga yang bukan Islam dan kemudiannya bertemudengan agama Allah swt??Mengapa perlunya kita lahir dalam keluarga Islam??Ini merupakan contoh kebijaksanaan Allah swt.

8. Dakwah yang terbaik adalah dengan penuh hikmah. Mencari 'persamaan' dan keserasian hingga dengan itu semua,Islam akan terus tertanam dalam sanubari umat Islam, tidak kira apa bangsa danagama asalnya sekalipun.Pernahkah kita bertanya, mengapa kedatangan Islam di eropah suatu ketika dahulu boleh diterima oleh mereka??Sedangkan bangsa-bangsa eropah terkenal dengan 'kekasaran, keangkuhanserta nilai yang dapat menjadi lawan kepada Islam?? Begitu juga dengan bangsa Arab asalnya.Mengapa Islam tetap berjaya disebarkan??

9. Fitnah barat kepada Islam adalah mengatakan 'Islam disebar oleh Muhammad melalui mata pedang'. Ini adalah fitnah yang berat dan hingga hari ini ada sesetengah bangsa Melayu serta umat Islam sendiri yang mempercayainya. Kedatangan Islamuntuk diterima dunia tidak pernah melalui mata pedang. Kita mengangkat senjata semata-mata untuk pertahanan diri. Di eropah,kita menjadi penyelamat kepada bangsa mereka daripada keganasan dan kekejamanempayar Romawi serta ortodoks lain di eropah yang menindas serta menzalimi rakyatnya. Kerana itulah,peperangan berlaku apabila mereka (pemerintah eropah yang zalim) ini enggan menerima baikkedatangan Islam, malah menganggap Islam sebagai ancaman yang harus dihapuskan kerana khuatir nilai kebenaran Islam yang menyebar akan menggugat kedudukan mereka.

10. Buktinya,Islam tidak pernah memaksa rakyat Sepanyol,Poland,Serbia serta beberapa negara eropah yang dikatakan bekas jajahan empayar Islam untuk memeluk Islam sebaik mereka dibebaskandaripada pemerintah mereka (kebanyakannya empayar kristian) yang zalim. Seperti pula kisah di Sepnyol sebaik ditawan oleh Tariq bin Ziyad, rakyatnya menyambut mesra kedatangan Islam dan mengalu-alukantentera Islam.Ada pula yang memberi maklumat tentang tempat persembunyian tentera Sepnyol yang diburu oleh tentera Islam.

11. Satu lagi bukti yang nyata akan betapa palsunya tuduhan musuh Islam adalah 'dunia timur'. Hampir seluruhnya menerima Islam dengan baik tanpa paksaan atau adanya peperangan. Apabila menyebuttentang bangsa timur,ini termasuklah bangsa kita, iaitu bangsa Melayu. Tidak dinafikan,ada nilai-nilai yang dipegang oleh Melayu sebelum kedatangan Islam bersangkutan dengan mistik dan tidakbaik. Ini dipengaruhi oleh agama budaya yang dianuti oleh Melayu sebelum Islam iaitu agama Hindu. Namun, apakah bangsa Melayu merupakan bangsa yang selamanya mahu terikat dengan nilai-nilaiyang menyekat kemajuan mereka pada ketika itu??Jika ya,kenapa bangsa Melayu memeluk Islam hingga ke peringkat pemerintahnya?? Kenapa tidak ada peperangan di bumi timur secara besar-besaranuntuk menafikan kedatangan Islam serta nilainya??

12. Ini Kerana bangsa Melayu ketika itu memandang nilai yang ada pada Islam merupakan nilai yang lebih baik sedang nilai-nilai Islam ini banyak yang memenuhi kehendak bangsa Melayu itu sendiri. Bangsa Melayuketika itu bukan saja memandang tinggi nilai Islam, malah mereka merasakan wujudnya 'persamaan' dari segi nilai kehidupan serta toleransi yang terdapat pada ajaran Islam. Pemerintah Melayu serta rakyatnyamerasakan Islam bukanlah datang sebagai agama baru untuk menggantikan agama Hindu mereka, tetapi Islam adalah agama yang sebenar atau kebenaran yang nyata daripada pencipta yang Maha Agung serta Maha Benar. Tidak ada keraguan pada nenek moyang Melayu kita terhadap agama Allah swt ini.Tentunya ini akan sukar terjadi jika agama Islam itu datang dengan senjata, bom mahupun armada perang yang bersifat 'memaksa'.

13. Inilah sebenarnya formula kekuatan serta perkaitan rapat antara Islam dan Melayu di bumi timur ini. Selain menjadi bukti bahwa fitnah barat terhadap Islam adalah salah, perikatan Islam dan Melayu yang sangatunik dari segi sejarah dakwah ini telah menyebabkan bangsa di eropah melihat dunia di timur sebagai ancaman kepada kepercayaan dunia kepada mereka. Ini akan membongkar kejahatan serta pengkhianatan mereka.

14. Justeru bangsa Melayu perlu mendalami sejarah Melayu serta betapa rapatnya bangsa kita dengan nilai Islam.Islam tidak asing kepada bangsa Melayu dan begitu juga sebaliknya. Untuk bangsa lain,ini juga pastimenjadi kefahaman mereka apabila mengenali Islam dan masing-masing akan mencari persamaan nilai bangsa dengan Islam, mengadunkannya dengan strategi Islam hingga mereka menjadi bangsayang disegani dan dihormati.

15. Kepada suara sumbang yang mengatakan 'apabila menerima Islam maka kita harus mengenepikan sifat kebangsaan kepada Melayu' maka fikir-fikirkanlah semula. Menghargai nilai baik bangsa bukan bererti fanatik kepadanya dan menolak Islam, kerana nilai baik yang dihargai itu terdapat dalam Islam...namanya berbeza,tetapi manfaatnya sama...Islam as a whole truth,while us (life and living elements) live inside it.Melayu juga telah lama faham akan 'buang yang keruh,ambil yang jernih'....buang yang keruh pada Melayu (bukan buang Melayu) dan ambil yang jernih pada Melayu..kerana yang jernih inlah akanberasimilasi dengan kesempurnaan Islam. Yang jernih inilah 'persamaan' yang membawa bangsa Melayu hingga kini sinonim dengan Islam.

16. Fahami Islam dengan baik dan fahami bangsa Melayu dengan baik.Islam itu sempurna,janganlah kerana kepentingan tertentu sehingga kita menolak fitrah kejadian serta keunikan kaum. Percayalah,hari ini,kerana kepentingan tertentu kita menolak unsur bangsa serta menafikan kebenaran, mungkin esok kita menolak pula unsur-unsur tertentu dalam agama serta menafikan kebenaran atas kepentingan 'tertentu' itu. Maka, kita akan tergolong dalam golongan munafik.

Wallahualam.

Sabtu, 14 Februari 2009

Siri Penerangan Islam Yang Syumul Ke Arah Deskripsi Hukum Hudud

Petikan Siri 01 dan Siri 02

Asalamualaikum wbt

Dalam tempoh 1 bulan kebelakangan ini,rakyat Malaysia sekali lagi dihebohkan dengan isu Hukum Hudud yang dibangkitkan oleh kepimpinan PAS.

Sebelum pergi lebih jauh, ingin saya ingatkan bahwa sebelum memulakan sesuatu perkara,sebagai umat Islam,kita perlu membaca Bismillah...'Dengan nama Allah swt'.

Surah pertama, Al-Fatihah, ayat pertama;


‘Dengan nama Allah,yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani’


Kerana,Islam itu Syumul dari segala segi dan, kerana itulah dengan Islam, 'Bismillah' ini sendiri akan berakar bukan hanya dari bibir kita,tetapi dari keikhlasan hati yang dalam. Terlandas daripada pemahaman kepada keimanan serta ketakwaan yang sejati;


Surah ke 2, Al-Baqarah,ayat 3,4 dan 5 ;


‘Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan (mendirikan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka’(2:3)



‘Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab Al Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (2:4)



‘Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya’ (2:5)
Kali ini,saya sekali lagi akan menyentuh tentang perkara yang berkaitan dengan Islam.Agar mudah difahami,saya akan membahagikan artikel ini kepada beberapa bahagian;


A) Islam is the Way of Life

APA ITU ISLAM

1.Islam adalah menyerahkan diri kepada Allah swt.Islam sebenarnya bukan terbatas kepada agama tetapi sesuatu yang lebih luas tanpa batasan masa dan ruang.

‘A Divinely ordained COMPLETE way of life leading to salvation here and Hereafter. It cannot be compared with ANY man-made system. In ALL such systems mankind in still groping in the dark because guess can never replace truth. Man - the created - can never produce anything which can be compared with what THE CREATOR gave us.’ 

–by Muhammad Marmaduke


Surah Al Baqarah, ayat 136 hingga 139;


‘Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman) : “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada nabi-nabi oleh Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membeza-bezakannya) ; dan kami semua adalah Islam (berserah diri,tunduk taat) kepada Allah semata-mata” (2:136) 



‘Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan kitab-kitab Allah dan rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu)dari kejahatan mereka ; dan Dialah jua yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (2:137)


‘(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah : celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?(Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”(2:138)



‘Katakanlah (wahai Muhammad): “Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya’ (2:139)

Siri 02


Muka 02

Islam diperinci,diterjemah dan disampaikan oleh utusan kesayangan Allah swt,iaitu Nabi Muhammad SAW.

Surah ke-4 , An Nisa’, ayat 170 menegaskan ;

‘Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad SAW) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan dibumi; dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana’ (4:170)


Hasilnya,baginda Rasulullah saw dibekali dengan Alquran dan
Sunnah.

Surah ke- 2, Al-Baqarah, ayat 2, dan 151 menerangkan; 


‘Kitab Al Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa’ (2:2)


‘(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti nikmat Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad),yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al Quran) serta Hikmat kebijaksanaan (Sunnah), dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui’ (2:151)


2. Alquran dan sunnah berlaku dari 'sebelum,semasa dan selepas kehidupan Rasulllah saw'...kerana kedua ini adalah guide serta petunjuk sepanjang zaman.Membuktikan bahwa Islam wujud dan akan terus wujud sepanjang masa.


Surah ke 2, Al-Baqarah,ayat 3,4 ,5dan 151 ; (seperti yang disediakan tadi)

Surah ke-4 , An Nisa’, ayat 162 ada menyebutkan ;

Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Alquran), dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu,- khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang akan Kami berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar’ (4:162)


3.Keindahan Islam terbukti pada setiap inci perjalanan hidup Rasulullah saw (Sunnah) sehingga kewafatan baginda.Baginda Rasulullah saw itu sendiri,perkataannya,bermula dari fizikal,mental,rohani dan segala sifat baginda hinggalah kepada setiap peristiwa yang dialami oleh baginda merupakan Sunnah yang mesti kita turuti dan teladani sepanjang perjalanan hidup kita.

Amma ba’du (sebagai pendahuluan), maka sesungguhnya sebaik-baik perkataan (ucapan) adalah Kitab Allah (Al Quran) dan sebaik-baik petunjuk iaitu petunjuk (Hadis dan Sunnah) Nabi Muhammad saw. Dan seburuk-buruk perkara iaitu perkara yang diada-adakan(dalam masalah ibadat) dan tiap-tiap bida’ah(perkara baru yang menyalahi hukum Islam) itu adalah sesat - (H.R.Muslim)

4.Kerana semua ini adalah PROSES yang Maha SISTEMATIK aturan Allah swt. Suatu proses yang sistematik ini, jika terganggu atau sengaja diganggu perjalanannya, akan mengarah kepada kegagalan,dan kesesatan iman. Kita perlu sentiasa bermuhasabah diri serta bertaubat setiap masa kerana pada bila-bila masa kita mungkin akan terjerumus dikalangan mereka yang sesat imannya.

Kekhuatiran dalam memahami Islam yang sebenar telah ditegaskan oleh Allah swt dalam ayat-ayat terawal Surah Al Baqarah;


Surah Al Baqarah ayat 8 hingga ayat ke-19;

’Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman (2:8)



’Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman,padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri,sedang mereka tidak menyedarinya’ (2:9)

Selasa, 27 Januari 2009

Perfileman Melayu Perlu Membantu Bangsa

Salam,

Jelas bahwasanya industri perfileman serta hiburan negara tidak pernah membantu dalam sumbangan yang bermanfaat kepada bangsa dan negara Malaysia

1. Mereka lebih ghairah memenuhkan poket mereka dengan kutipan kekayaan sambil menghakis nilai-nilai baik bangsa serta tamadun yang gemilang.

2.Sejak 5 ke 6 tahun kebelakangan ini,industri hiburan negara ketandusan mereka yang berkarya demi manfaat kepada negara,bangsa dan agama.Jauh sekali menanam nilai luhur kehidupan seperti tunjangan Islam iaitu, Jujur,amanah,tabligh dan fatanah.

3.Apa yang dapat kita perhatikan,filem-filem dan drama-drama kita memaparkan sifat permusuhan,khianat-mengkhianati,aksi ganas tak berpedoman,budaya kebaratan yang tidak bermanfaat,sosial yang terlalu bebas,malah hingga kepada kisah-kisah syirik serta khurafat.

3.Drama-drama kita lebih berminat menonjolkan identiti ala telenovela daripada budaya barat yang keterlaluan,contohnya kisah Manja Lara,Badai Metropolis,dan sebagainya yang tidak sedikitpun bertitik tolakkan ciri sebenar bangsa Melayu.Anda boleh lihat dikaca televisyen kita hingga kini.


Filem-filem berunsur khurafat tidak mempunyai unsur menjana pemikiran, jelas berpaksikan budaya material dalam bekarya.

4.Filem-filem kita seperti rempit,impak maksima,sosok,jangan pandang belakang..hanya hasil karya yang tidak mendatangkan manfaat dalam mencorak budaya serta pemikiran sesebuah bangsa.

5.Bila dipersoal,mereka katakan,'ini hanya hiburan..bukan apa-apa.Kalu buat cerita berkaitan agama,bangsa,patriotisma,siapa nak tengok???' Inilah corak serta mentaliti yang ada dalam benak kebanyakan penggiat perfileman kita pada hari ini.

6. Sedar atau tidak,mereka inilah yang turut menyumbang kepada hakisan serta kehancuran generasi gemilang bangsa Melayu-Islam di negara kita hari ini.

7.Cubalah tanya kepada diri,bagaimana filem Tan Sri p.ramlee masih terus mendapat hati dikalangan bangsa Melayu...masih terus popular...Rasanya kalau dibuka Panggung,masih ramai ingin menontonnya.Kaji dan telitilah....


Petikan Filem komedi Tan Sri.P.Ramlee amn, 'Pendekar Bujang Lapok'
8.Allahyarham tidak pernah bekarya semata-mata untuk keuntungan diri sendiri.Ada banyak perkara yang bersifat 'membentuk bangsa' terterap dalam filem-filem P.Ramlee.

9.Perlukah kita mengikut arus perfileman barat yang merosakkan untuk menyediakan masyarakat dengan filem yang bagus serta popular??

10.Industri perfileman dan hiburan di Malaysia perlu mempunyai identiti sendiri serta para karyawan seni hari ini perlu mengkaji dan memikirkan perbagai cara penyampaian yang boleh mendidik bangsa ke arah nilai-nilai yang baik.

11.Dunia perfileman merupakan sebuah dunia yang boleh membuatkan segalanya menjadi seolah-olah realiti.Cubalah menjadikan segala nilai-nilai baik agama dan bangsa yang telah lama terhakis itu menjadi mekar serta tertanam di hati masyarakat

'Berkaryalah sambil memberi manfaat kepada pembentukan pemikiran bangsa yang baik'

'Berkaryalah sambil menyampaikan manfaaat kepada agama,bangsa dan negara'

Wallahualam

Senin, 19 Januari 2009

Palestin Yang Sengsara Kerana Fitnah Munafik dan Yahudi

Salam,

1.Hampir lebih 1 bulan krisis Serangan Besar-besaran terbaru Israel ke atas Palestin berlangsung.Walaupun pada hakikatnya,rakyat Palestin dibunuh hampir setiap hari oleh tentera Israel.




2.Setiap hari,sebanyak lebih kurang 200 keluarga Palestin akan berhadapan dengan kekejaman Israel.Ada yang dianiaya secara fizikal,mental mahupun emosi (ini sudah tentu.

3.Lebih memberatkan keadaan rakyat Palestin,mereka diancam (in the brink of terror)dari pelbagai sudut sehingga tiada satu pun keadaan yang membenarkan bangsa Palestin untuk bangun.

4.Hakikatnya,bangsa Palestin bukanlah sebuah bangsa Arab yang mahukan permusuhan.Hati mereka terguris kerana hak mereka (harta,tanah dan kehidupan) dimusnah dan dirampas setiap saat oleh kekejaman Israel.

5.Umat Islam perlu faham dan mengerti penderitaan saudara kita ini. Menjadi tanggungjawab kita untuk menerangkan kepada dunia,bahwasanya...'in Palestine,it is not a matter of the Arabs who are trying to make enemies with the Jews or the Jews present in the land..it is the Jews who rob and destroy their life.'

6.Bangsa Yahudi tidak pernah merasa cukup dengan apa yang mereka miliki.Sejak tahun 1967 lagi dan hingga kini,lihatlah betapa wilayah Israel semakin hari semakin membesar. Jelas,mereka sendiri telah memutarbelit fakta sejarah sejak Balfour Declaration,Nov 1917 sehingga wilayah yang kecil dijanjikan kini sudah menjadi besar...dan terus membesar.

7.Umat Islam perlu menyedarkan dunia,bahwa jika tidak ada kuasa yang menghalang Israel..satu hari nanti,ia akan menguasai dunia. Apa yang terjadi kepada bangsa arab Palestin mungkin akan terjadi juga kepada bangsa Perancis,Inggris,Russia,Amerika malah bangsa Malaysia.

8.Perkembangan Israel ini perlu dilihat dunia sebagai 'barah' yang semakin membesar serta progressif.Jika tidak dibuang atau ditangani,ia akan mencapai satu (stage) yang kritikal dan sudah terlambat untuk dibuat apa-apa.
9.Barat mungkin melihat bahwa isu Palestin sebagai isu pertembungan bangsa Israel dengan Arab-Islam (yang telah berjaya mereka jenamakan sebagai 'terrorist' sejak pengeboman WTC Sept.11, watak Osama Ben Laden serta media-media mereka yang mengaplikasikan watak 'arab asian bearded men' yang ganas dalam filem-filem mereka).Ini adalah fitnah yang besar.Semuanya rekaan mereka.

10.Mereka dan AS lah yang memberi sokongan material dan senjata kepada puak-puak radikal Islam.Bermula dengan paltform yang sesat,tidak sistematik dan mengenepikan strategi Rasulullah saw, golongan muslim radikal ini mudah di'beli' oleh Yahudi yang bertopeng untuk melakukan kekejaman yang tak berpedoman.

11.Kini,yang mendapat bebannya adalah bangsa Arab Palestin yang hakikat perjuangan serta pengorbanan suci mereka mempertahakan hak dilabel sama seperti 'terrorist' pada kaca mata dunia masa kini.

12.Sedarlah kepada penggerak Islamis Radikal (bersenjata dan melakukan pengeboman terhadap orang awam)...kamu telah jauh terpesong dengan tipuan Yahudi serta munafik dikalangan kamu. Kembalilah kepada jalan Allah swt.Fitnah kamu telah membuatkan saudara Palestin kita sengsara.Kamulah yang bersekongkol (tanpa kamu sedar) dengan Israel yang menipu kamu untuk 'membunuh' saudara Palestin kita.

13.Dunia juga perlu tahu,jika mana-mana bangsa sekalipun dan agama apa yang dianuti sekalipun seperti yang dialami oleh bangsa Palestin...mereka akan terpaksa melakukan perkara yang sama.

'Seperti ayam daging di dalam reban,apabila melihat saudaranya disembelih,ia berkata 'itu hanya dia,aku tak kena'....sedangkan masa baginya akan tiba'

14.Begitulah kita pada bangsa Israel ini.Jelas, umat Islam dan dunia perlu melihat kembali sejarah dunia mereka pada kaca mata yang telus...'mengapa pihak aksis yang diketuai oleh Jerman (Hitler) memerangi kaum Yahudi di dunia'...

15.Aksis sebenarnya tidak kejam terhadap Yahudi secara membuta tuli. Sejak kemenangan pihak Berikat yang diketuai AS dan British pada Perang Dunia ke2, mereka telah mengeksploitasi media dunia agar pihak Aksis benar-benar 'axis of evil' dan 'rise of demon'...watak yang tertindas...bangsa Yahudi...agar segala yang mereka lakukan berikutnya hingga kini dilihat sebagai 'berhak...patut..affordable...kerana mereka telah lama diseksa,kononnya'

16.Cuba telusuri dan perhalusi,kedua-dua Perang dunia ini terkait dengan bangsa Yahudi.Mengapa???Hitler mungkin juga beranggapan..IF THERE IS NO JEWS,THERE WILL BE NO THREAT TO THE WORLD....seperti kenyataan yang dibuatnya...'Jew is threat to human civilization'

17.Jelas bahwa Yahudi menganggap bangsa-bangsa lain di dunia sebagai 'haiwan peliharaan' seperti yang terdapat dalam Alquran. Malah mereka sendiri mengaku untuk memperlakukan bangsa-bangsa lain sebagai hamba seperti yang terkandung dalam kitab pegangan mereka,iaitu Thalmud(ayat-ayat yang dikarang oleh para Rabi).

18.Ini bukan satu unsur provokatif terhadap Yahudi,tetapi kenyataan yang terdapat dalam kitab-kitab pegangan mereka.

(akan saya sertakan beberapa ayat dalam Thalmud nanti)

19.Yahudi percaya mereka ingin berjaya dengan pegangan mereka.Justeru,pastinya tidak akan meninggalkan seruan-seruan serta ajaran yang terkandung dalam kitab mereka.

20.Seperti umat Islam,untuk berjaya di dunia mahupun akhirat,tentunya kita tidak akan meninggalkan ajaran Sunnah dan Alquran...dan kita berusaha keras untuk melaksanakannya dengan baik.

21.Bezanya,Islam tidak pernah mengajar apa-apa unsur kekejaman,pembohongan serta penindasan terhadap makhluk ciptaan Allah yang lain (anyone who disagree can try to prove this, believe me,you can't)).Jika dilakukan oleh umat Islam,itu bererti mereka tidak patuh serta melanggar hukum Allah swt.

22.Ini tidak kepada Yahudi dengan Taurat(bukan lagi yang asli) serta Thalmud yang mereka pegang hari ini.Malah,ayat-ayat Thalmud serta Taurat itulah yang diekstrak untuk dijadikan asas kuat kepada Zionisme.

(saya sertakan selengkapnya pada postin berikutnya)

23.Label-label Anti-Semitic sengaja dikatakan anti-yahudi agar dunia memandang individu yang dilabel sebagai anti bangsa Yahudi.

24.Kemudian diwujudkan Anti-zionis sebagai berbeza dari Anti-semitic..kononnya istilah ini hanya merujuk kepada anti fahaman zionis, boleh disertai oleh bangsa Yahudi sendiri dan sebagai lobi selamat serta kepuraan bangsa Yahudi bahwasanya...

'kami Yahudi tetapi bersama kamu, membenci Zionisme yang kejam dan zalim'

25.Padahal, ini semua hanya tipu helah bangsa Yahudi kepada dunia...Zionisme adalah 'penjenamaan semula bangsa Yahudi'. Zionisme adalah Yahudi dan Yahudi adalah zionis...

26.Mungkin anda mengatakan ini keras...namun,untuk menjadi Yahudi, mereka berpegang kepada Taurat (palsu) dan Thalmud...kedua ini menjadi asas kepada Zionisme....jadi apa bezanya??Ini tidak pula berlaku kepada Yahudi yang memeluk Islam,ia hanya kepada mereka yang menganuti ajaran Yahudi.Itu saja.Fikirkanlah..

Wallahualam

Selasa, 13 Januari 2009

Wawasan2020 dengan Penerapan Islam

1.I would like to refresh our mind about the Wawasan's motive,objective and challenge as quoted by Tun Dr.Mahathir in every steps he take towards our nation;

Challenge 1: To form a nation that stands as one.
Membentuk bangsa yang bersatu padu.Bukankah ini ajaran Islam.Islam mengajar kita agar sentiasa bersatu dan mengekalkan kesatuan.Jika kita memandang kepada nilai Islam yang sebenar,kita akan berusaha sedaya upaya menggunakan ajaran Rasullullah saw untuk mencapai 'kesatuan' dan mengekalkannya.

Challenge 2: To produce a Malaysian community that has freedom, strength, and full of self confidence.

3.Membentuk masyarakat yang bebas(tidak dibelenggu dalam membuat keputusan dan menentukan hala tuju),kuat,tegas dan penuh keyakinan diri.Apakah ini tiada dalam Islam??Bukankah Islam meyeru agar kita menjadi kuat,yakin dan tidak bergantung kepada orang lain.Kita wajib berusaha agar sentiasa merdeka agar tiada siapa yang akan menyesatkan kita.

Challenge 3: To develop a mature democratic community.


4.Untuk membentuk komuniti yang matang dalam dmokrasi.Demokrasi terdapat dalam Islam,tetapi Islam lebih merangkumi aspek luas.Oleh kerana amalan demokrasi itu relatif pada tanggapan pelbagai pihak,kita perlu mempunyai corak demokrasi tersendiri dan diolah oleh kita sendiri.Jika Islam yang kita sedar untuk mengembalikan ini,maka gunakanlah Islam itu.

Challenge 4: To form a community that has high morale, ethics and religious strength.


5.Membentuk komuniti yang mempunyai moral yang tinggi,beretika dan mempunyai kekuatan agama.Apakah ini salah??Apakah ini tidak Islam??Islam amat mengutamakan pembinaan keperibadian yang mulia,beretika dan beriman.

Challenge 5: To cultivate a community that is matured and tolerant.

6.membentuk komuniti yang matang (progressive) dan toleran. Ini merupakan konsep sederhana.Sebuah komuniti sederhana yang progressive tetapi bersifat toleran,iaitu tidak meminggirkan perasaan serta kepentingan orang lain.

Challenge 6: To form a progressive science community.


7.Membentuk komuniti yang progressive dalam bidang sains dan teknologi.Dengan Ilmu pengetahuan dan teknologilah,kita akan dapat membina kekuatan ummah.Islam membentuk tamadun dunia suatu ketika dahulu dengan penguasaan ilmu sains dan teknologi.

Challenge 7: To cultivate a community rich in values and loving culture.

8.Membudayakan sebuah komuniti yang kaya dengan nilai (nilai baik) dan saling menyayangi.Saling menyayangi adalah 'silaturrahim' yang amat penting.Tanpa suatu aplikasi terhadap nilai-nilai baik dan saling menyayangi,kejayaan bangsa yang hakiki tidak akan tercapai serta akan bersifat rapuh.Ini juga tuntutan Islam.


Challenge 8: To ensure the formation of a community with a fair economy.

9.Memastikan pembentukan sebuah komuniti dengan keadaan ekonomi yang adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya).Mencari kekuatan eknomi dengan penuh etika dan tidak menindas kepentingan orang lain.Menjaga tatasusila serta amalan ekonomi.Disini,jika Muamalat yang kita lihat,cubalah berusaha merealisasikannya kerana bermanfaat untuk semua.

Challenge 9: To cultivate a prosperous community.



10.Untuk membudayakan dan mencipta sebuah komuniti yang sejahtera,atau dalam erti lain, saling melengkapi,bekerjasama,faham memahami dan aman damai.Islam amat mengutamakan kedamaian dan kesejahteraan dalam pelbagai segi.


11.Disini,disimpulkan kefahaman kita terhadap posisi Tun sebagai Perdana Menteri sebuah negara berbilang kaum;

12.Beliau ingin membuatkan masyarakat berbilang kaum faham akan usaha ke arah satu matlamat yang sama.

13.Kerana,jika seruan ini tertumpu kepada masyarakat Melayu Islam,tentunya tanggungjawab ini tidak dipikul bersama.Masyarakat Islam kita memerlukan juga bangsa serta kaum lain dalam mencapai tujuan yang akhirnya memberi manfaat kepada semua.

14.Wawasan 2020 merupakan mesej Tun kepada seluruh rakyat Malaysia (berbilang kaum).Harapannya,agar masing-masing melihat dalam kaca mata masing-masing akan matlamat yang jelas.

15.Kaum lain,boleh melihat dan menilai dari sudut mereka dan kita,dari sudut kita.

16.Jika kita,sebagai umat Islam,mesej ini seharusnya dan wajib kita fahami dengan kaca mata Islam,bukan tanggungjawab Mahathir untuk memaksa sesiapa (orang lain) agar menerimanya dari sudut Islam.Jadi,menjadi tanggungjawab kita untuk faham mesej ini dari sudut pemikiran serta aplikasi Islam.

17.Mengapa kita sentiasa beranggapan buruk akan sesuatu yang disampaikan oleh bangsa dan umat Islam sendiri.Mengapa kita tidak pernah bersangka buruk akan seruan bangsa asing serta barat yang datang pada kita??

18.Gunakan Islam sebenar untuk menilai setiap perkara,bukan amalan Islam yang kita campurkan dengan perasaan dendam,kebencian, marah,ego dan sifat hasad dengki.Kerana sesungguhnya jika itu kamu pegang sebagai muslim,maka KAMU MENFITNAH ISLAM.

Wallahualam