Cari Blog Ini

Selasa, 13 Januari 2009

Wawasan2020 dengan Penerapan Islam

1.I would like to refresh our mind about the Wawasan's motive,objective and challenge as quoted by Tun Dr.Mahathir in every steps he take towards our nation;

Challenge 1: To form a nation that stands as one.
Membentuk bangsa yang bersatu padu.Bukankah ini ajaran Islam.Islam mengajar kita agar sentiasa bersatu dan mengekalkan kesatuan.Jika kita memandang kepada nilai Islam yang sebenar,kita akan berusaha sedaya upaya menggunakan ajaran Rasullullah saw untuk mencapai 'kesatuan' dan mengekalkannya.

Challenge 2: To produce a Malaysian community that has freedom, strength, and full of self confidence.

3.Membentuk masyarakat yang bebas(tidak dibelenggu dalam membuat keputusan dan menentukan hala tuju),kuat,tegas dan penuh keyakinan diri.Apakah ini tiada dalam Islam??Bukankah Islam meyeru agar kita menjadi kuat,yakin dan tidak bergantung kepada orang lain.Kita wajib berusaha agar sentiasa merdeka agar tiada siapa yang akan menyesatkan kita.

Challenge 3: To develop a mature democratic community.


4.Untuk membentuk komuniti yang matang dalam dmokrasi.Demokrasi terdapat dalam Islam,tetapi Islam lebih merangkumi aspek luas.Oleh kerana amalan demokrasi itu relatif pada tanggapan pelbagai pihak,kita perlu mempunyai corak demokrasi tersendiri dan diolah oleh kita sendiri.Jika Islam yang kita sedar untuk mengembalikan ini,maka gunakanlah Islam itu.

Challenge 4: To form a community that has high morale, ethics and religious strength.


5.Membentuk komuniti yang mempunyai moral yang tinggi,beretika dan mempunyai kekuatan agama.Apakah ini salah??Apakah ini tidak Islam??Islam amat mengutamakan pembinaan keperibadian yang mulia,beretika dan beriman.

Challenge 5: To cultivate a community that is matured and tolerant.

6.membentuk komuniti yang matang (progressive) dan toleran. Ini merupakan konsep sederhana.Sebuah komuniti sederhana yang progressive tetapi bersifat toleran,iaitu tidak meminggirkan perasaan serta kepentingan orang lain.

Challenge 6: To form a progressive science community.


7.Membentuk komuniti yang progressive dalam bidang sains dan teknologi.Dengan Ilmu pengetahuan dan teknologilah,kita akan dapat membina kekuatan ummah.Islam membentuk tamadun dunia suatu ketika dahulu dengan penguasaan ilmu sains dan teknologi.

Challenge 7: To cultivate a community rich in values and loving culture.

8.Membudayakan sebuah komuniti yang kaya dengan nilai (nilai baik) dan saling menyayangi.Saling menyayangi adalah 'silaturrahim' yang amat penting.Tanpa suatu aplikasi terhadap nilai-nilai baik dan saling menyayangi,kejayaan bangsa yang hakiki tidak akan tercapai serta akan bersifat rapuh.Ini juga tuntutan Islam.


Challenge 8: To ensure the formation of a community with a fair economy.

9.Memastikan pembentukan sebuah komuniti dengan keadaan ekonomi yang adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya).Mencari kekuatan eknomi dengan penuh etika dan tidak menindas kepentingan orang lain.Menjaga tatasusila serta amalan ekonomi.Disini,jika Muamalat yang kita lihat,cubalah berusaha merealisasikannya kerana bermanfaat untuk semua.

Challenge 9: To cultivate a prosperous community.



10.Untuk membudayakan dan mencipta sebuah komuniti yang sejahtera,atau dalam erti lain, saling melengkapi,bekerjasama,faham memahami dan aman damai.Islam amat mengutamakan kedamaian dan kesejahteraan dalam pelbagai segi.


11.Disini,disimpulkan kefahaman kita terhadap posisi Tun sebagai Perdana Menteri sebuah negara berbilang kaum;

12.Beliau ingin membuatkan masyarakat berbilang kaum faham akan usaha ke arah satu matlamat yang sama.

13.Kerana,jika seruan ini tertumpu kepada masyarakat Melayu Islam,tentunya tanggungjawab ini tidak dipikul bersama.Masyarakat Islam kita memerlukan juga bangsa serta kaum lain dalam mencapai tujuan yang akhirnya memberi manfaat kepada semua.

14.Wawasan 2020 merupakan mesej Tun kepada seluruh rakyat Malaysia (berbilang kaum).Harapannya,agar masing-masing melihat dalam kaca mata masing-masing akan matlamat yang jelas.

15.Kaum lain,boleh melihat dan menilai dari sudut mereka dan kita,dari sudut kita.

16.Jika kita,sebagai umat Islam,mesej ini seharusnya dan wajib kita fahami dengan kaca mata Islam,bukan tanggungjawab Mahathir untuk memaksa sesiapa (orang lain) agar menerimanya dari sudut Islam.Jadi,menjadi tanggungjawab kita untuk faham mesej ini dari sudut pemikiran serta aplikasi Islam.

17.Mengapa kita sentiasa beranggapan buruk akan sesuatu yang disampaikan oleh bangsa dan umat Islam sendiri.Mengapa kita tidak pernah bersangka buruk akan seruan bangsa asing serta barat yang datang pada kita??

18.Gunakan Islam sebenar untuk menilai setiap perkara,bukan amalan Islam yang kita campurkan dengan perasaan dendam,kebencian, marah,ego dan sifat hasad dengki.Kerana sesungguhnya jika itu kamu pegang sebagai muslim,maka KAMU MENFITNAH ISLAM.

Wallahualam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar