Salam
1.Negara Islam sebenarnya merupakan suatu ungkapan yang mempunyai dasar yang cukup mendalam.
2.Konsep bernegara dan berbangsa sebenarnya bertujuan untuk membina kekuatan Islam.Bukan semestinya hanya berdiri sebuah negara yang mengamalkan KONSEP undang-undang Allah swt,tetapi mempunyai kekuatan sejati yang terterap ajaran Islam yang SEBENAR.
3.Tidak ada ertinya mendirikan sebuah negara yang menonjolkan corak undang-undang Islam dan ditadbir mengikut sistem Islam sedangkan kekuatannya hanya mampu bermegah pada namanya saja sebagai sebuah
NEGARA ISLAM.
4.Inilah yang cuba dibuktikan oleh tokoh-tokoh Islam dan para sahabat dalam memperjuangkan matlamat Islam.Tentu ada yang bertanya
'mengapa Sallehudin Al-ayubi,Sultan Muhamad Al-fateh,Tariq bin ziyyad,Khalid Alwaleed dan ramai lagi bersungguh-sungguh mengembangkan empayar Islam??'
'apa bezanya mereka dengan Colombus,Francis Light,Stamford raffles,Julius ceaser,Napoleon dan tokoh-tokoh cristian lain?? Islam juga menjajah??
5.Inilah fitnah yang mereka tanam dalam sejarah sehingga kita keliru mengenai KONSEP NEGARA ISLAM yang sebenar.
6.Sebenarnya Islam bersifat sejagat dan tidak dibatasi persempadanan tanah atau daerah.Selagi ada manusia dan mereka yang dikatakan khalifah Allah di muka bumi ini,adalah menjadi tanggungan serta tanggungjawab Islam.
7.Inilah jawapan kepada segala fitnah yang ditimbulkan oleh golongan kafir serta munafik Islam yang mempersoalkan 'penjajahan' empayar Islam.
8.Jangan tersalah sehingga kita menyamakan penjajahan Islam dengan penjajahan barat dengan seruan mereka 'Gold,Gospel and Glory'. Islam jauh lebih mulia berbanding mereka.
9.Islam itu membawa rahmat ke seluruh alam.Menjadi kewajipan umat Islam untuk mengumpul segala kekuatan daripada pelbagai segi agar dapat membantu diri sendiri dan seluruh umat manusia terus berada di jalan Allah swt.
10.Islam hadir membawa manfaat kepada dunia.Kehadiran Islam di bumi eropah selepas Arab telah membebaskan mereka dari zaman kegelapan,kemiskinan dan kebodohan.
11.Empayar Islam membantu dunia dalam menyelesaikan konflik2 yang tidak berkesudahan yang melanda eropah ketika itu.
12.Dunia menyaksikan kita berperang dengan Kerajaan Norman di Spain,Tentera Constantine di Istanbul hinggalah ke Balkan,Soviet dan Eropah seluruhnya,untuk apa??
13.Segalanya kerana Islam bertanggungjawab membebaskan umat manusia daripada belenggu kejahatan,kezaliman,penindasan dan penganiayaan yang kerajaan-kerajaan tersebut 'timpakan' kepada rakyat.
14.Buktinya,kerajaan Islam tidak melancarkan apa2 peperangan di Timur dan Asia lainnya.Yang ada cuma gerakan diplomatik yang seterusnya membawa kepada pendakwahan kepada masyarakat tanpa paksaan.
15.Itulah KONSEP NEGARA ISLAM acuan Rasullullah saw...membentuk umat dan negara yang kuat,lalu memberi manfaat kepada dunia sejagat.Itu adalah kewajipan seluruh umat Islam.
16.Inilah yang diterapkan oleh Tun Dr.Mahathir selama puluhan tahun. Buktinya,apabila Malaysia mencapai kestabilan dan kekuatan ekonomi,kita tidak pernah melupakan negara-negara yang lemah.
Tun.Dr.Mahahthir, merencana strategi dengan acuan sebenar ke arah pembinaan ummah.
Tun.Dr.Mahahthir, merencana strategi dengan acuan sebenar ke arah pembinaan ummah.17.Kita memperjuangkan nasib mereka di arena antarabangsa.Membela dan membantu Palestin, Bosnia, albania, masyarakat Islam di Pattani, Acheh, Ambon, Iraq, Pakistan, Afghanistan dan seluruh pelusuk dunia tanpa mengira agama,bangsa dan taraf.

Ummah Yang kuat dan Bermaruah adalah umat Islam yang tidak pernah melupakan saudara mereka
18.Disinilah,kekuatan dan martabat Islam itu akan diangkat sesuai dengan seruan Rasulullah saw.Inilah yang akan membuktikan betapa agam Allah swt adalah Mutlak benar dan hanya Islam yang mampu memberi keamanan.
Wallahualam


Tidak ada komentar:
Posting Komentar