Sabtu, 10 Januari 2009
Bangsa Melayu dan Ironisme Revolusi Mereka Dalam Order Baru Dunia
1.kedudukan bangsa Melayu dalam menghadapi order baru dunia semakin berada pada tahap yang kritikal
2.Dalam keadaan krisis politik yang semakin menghimpit bangsa Melayu melalui sistem yang diorientasi oleh barat sekian lama, bangsa Melayu dilihat semakin terumbang-ambing dalam menentukan hala tuju peranan mereka kepada dunia serta tenat dalam memastikan suvival mereka dalam order baru dunia.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir pernah berkata,
' manusia boleh mencipta pelbagai peraturan serta sistem yang mereka rasakan
begitu sempurna, tetapi yang akan melaksanakan sistem serta memastikan kejayaannya adalah manusia juga. Sekiranya manusia yang bertindak sebagai
pelaksana ini gagal menjalankan tugasnya, maka sistem itu tetap akan membawa kegagalan'
3.Sistem politik yang kita gunapakai hari ini adalah suatu sistem yang bertujuan untuk 'fine' and 'fail'
4.Jika dilaksanakan oleh individu yang jujur,amanah dan berjiwa rakyat, maka ia akan mencipta suatu keadaan yang bersifat 'fine' (tidaklah terlalu baik)
5.Tetapi jika dilaksanakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab, korup dan tidak berjiwa rakyat, maka ia akan menciptakan suatu keadaan yang bersifat 'fail' iaitu kegagalan.
6.Apabila sistem ini gagal, ia akan membawa kekacauan serta krisis politik yang sukar ditangani.
7.Hari ini, sistem politik barat yang merupakan titik tolak kepada order baru dunia telah menjadi 'gagal' di Malaysia.
Ia gagal dalam menyebelahi kelompok majoriti bangsa (bangsa Melayu) di Malaysia.
8.Ia gagal dalam memastikan kesamarataan yang ingin dicapai dalam sebuah negara
berbilang bangsa.
9.Ia juga ternyata gagal secara total terhadap mempertahankan agama Islam di Malaysia. Puncanya,kita semua sedia maklum.
Ahli politik Melayu di Malaysia hakikatnya masih tidak sedar bahwa mereka sedang duduk di dalam 'pool of death' ciptaan sistem politik barat ini.
10.Mereka berdebat dan jatuh menjatuhkan sesama mereka dalam suatu platform yang mengarah kepada kebinasaan bangsa.
11.Jika kerajaan sedia ada hari ini tumbang, kerajaan yang menggantikannya tetap berada dalam situasi yang tidak jauh berbeza.
12.Sistem politik ini hanya akan tetap mengakibatkan pemimpin yang kita pilih sentiasa berada dalam 'kolam maut' barat.
13.Kita akan bernasib baik jika pemimpin yang kita pilih adalah seorang yang begitu kuat, bijak dan tidak mudah tunduk kepada agenda barat.
14.Namun,untuk memperoleh sekumpulan pemimpin Melayu yang kuat seperti ini berada dalam 'kolam maut' adalah terlalu sukar kerana sistem politik itu sendiri telah memecahbelahkan bangsa Melayu.
15.Tokoh-tokoh berkaliber Melayu tersebar dalam pelbagai parti yang membatasi perjuangan mereka dengan agenda serta protokol yang menjadi tali 'pengikat' mereka, sekaligus memisahkan hubungan mereka.
16.Order baru dunia dilihat lebih terbuka oleh golongan atau bangsa yang sudah berada jauh di hadapan dalam pelbagai bidang.
17.Sistem order baru yang ditetapkan oleh barat semata-mata bertujuan membawa kepentingan serta kemenangan kepada bangsa mereka.
18.Sistem globalisasi, sistem langit terbuka, dunia tanpa batas, perdagangan bebas dan sebagainya hanyalah suatu sistem yang hakikatnya merupakan strategi baru mereka untuk menguasai dunia.
'kedatangan agenda jahat daripada barat ini memanglah sesuatu yang sukar dielakkan. Ini kerana bangsa kita telah jauh ketinggalan berbanding mereka.
Ia akan hanya membawa keuntungan yang sama seperti yang mereka peroleh jika bangsa kita telah bersedia. Apa yang menjadi masalahnya adalah bangsa Melayu masih belum bersedia untuk order baru. Tetapi,apakah kita akan membiar mereka 'menjamah' kita seperti yang dimahukan oleh barat??
'Hanya ada satu jalan untuk menghadapi senjata-senjata baru barat ini. Iaitu dengan menerima sistem mereka tetapi mengolah ia sesuai kepada sesuatu yang tidak banyak merugikan kita. Benar, kita akan rugi sedikit...tetapi kita akan cuba 'merampas' sesuatu daripada sistem yang diperkenalkan oleh barat ini.
Setelah kita rampas, sedikit demi sedikit kita akan ubah sistem mereka kepada sesuatu yang menguntungkan bangsa kita.
Sebagai contoh, Gerbang langit terbuka;
Sistem ini membenarkan dunia telekomunikasi, media, penyebaran teknologi dan informasi semakin meluas dan cepat tanpa batasan.
Sistem ini terdasar atas tunjang Yahudisme yang ingin membuatkan bangsa lain tidak lagi terikat kepada sebarang peraturan serta halangan kepada kehendak mereka.
19.Ini akan memudahkan penyebaran pelbagai corak budaya serta ideologi yang bersifat 'kebebasan mutlak', buruk dan menyimpang oleh bangsa penghancur dunia ini kepada bangsa lain.
20.Namun, bentuk order baru ini juga tidaklah sesempurna yang diinginkan oleh mereka. Ia menjadi sebuah sistem yang terlalu flexible tanpa kawalan mereka sendiri.
21.Penyebaran informasi tanpa batasan dan cepat menyebabkan agenda barat ini bersifat 'labil' dan 'fragile'.
22.Jika informasi buruk mudah direncanakan penyebarannya, maka begitu juga dengan informasi yang bersifat anti-keburukan.
23.Fahaman dan ideologi-ideologi fundumental anutan pelbagai bangsa akan mudah tersebar dan dikongsi bersama oleh pelbagai masyarakat dunia.
24.Malah,niat jahat agenda order baru sendiri mudah dibongkar dan disebar melalui sistem langit terbuka.
'jika seseorang membuat pisau dengan tujuan untuk menikam orang lain, tidak semestinya alat itu akan sepenuhnya digunakan untuk menikam, ada orang akan menggunakan pisau itu
untuk memotong buah, menghiris bawang, atau menghasilakan ukiran yang cantik dan beharga...
25.tidak dilupakan,jika tidak bernasib baik, ada yang akan menggunakan pisau untuk menikam diri si pembuat pisau itu sendiri'
26.Begitulah resmi menjadi bangsa Melayu dalam order dunia baru...
'menerima cara mereka tetapi kerana ketidaksempurnaan ciptaan mereka, kita akan mampu mengubah keadaan itu menjadi berpihak
kepada bangsa kita...'Disini peranan akal, ilmu dan keimanan yang teguh kepada nilai baik bangsa serta kesempurnaan agama Islam amat penting dalam menjadi nadi bangsa Melayu untuk beradaptasi kepada
new world order.
27.Kita akan dibenci serta dimusuhi oleh barat, tetapi kita akan dipandang tinggi oleh bangsa-bangsa lain jika kita tidak 'lemas' dalam lautan kemusnahan yang dicipta oleh barat.
28.Bangsa Melayu memerlukan suatu 'revolusi' dalam menjamin kejayaan bangsa yang berterusan ironis dalam menghadapi order baru dunia yang dikuasai oleh barat.
Wallahualam
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar